SEGENGGAM TABAH.

Views

Bertali arus dugaan tiba,
Menakung sebak air mata,
Namun tak pernah pun setitis,
Gugur berderai di pipi.

Tidak ditempah hidup sengsara,
Suratan nasib yang melanda,
Menongkah badai bergelora,
Diredah bersendirian.

Bagaikan camar pulang senja,
Patah sayapnya,
Tetap terbang jua,

Sekadar secicip rezeki,
Buat yang sedang rindu menanti.

SEGENGGAM TABAH dipertahankan,
Buat bekalan diperjalanan,
Kau bebat luka yang berdarah,
Kau balut hati yang calar.

Telah tertulis suratan nasibmu,
Derita buatmu ada hikmahnya,
Terlukis senyum di bibir lesu,
Tak siapa tahu hatimu.

Biarpun keruh air di hulu,
Mungkinkah jernih di muara,
Biarpun jenuh hidup dipalu,
Pasti bertemu tenangnya.

INSYA-ALLAH :')

          Setiap malam boleh kata aku asyik dengaq lagu nie jaa sebelum nak tidoq, repeat lagu nie jaa. Sometimes, terlena macam tuu jaa :). Hiks. Banyak memberi makna untuk aku, & utk pembakar semangat untuk aku act lagu nie :). La tahzan, Fariqan Afina :). Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah :D.

NotaKaki : I dream of a time when i'm straight and you set me free but i can't walk away, got some kind of      dependancy. 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

ANTARA AMALAN HARIAN RASULULLAH

Views
Assalamualaikum readers yang disayangi :)

Apa khabar anda semua? Hope sihat2 belaka lah yerr :D. Dah lama tak update kat entry nie kan :). Maaplah, sibuk sikit semenjak dua menjak nie. Hiks *.*. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk melihat muka bumi yang sangat indah ciptaan Allah S.W.T nie :). Selawat & salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hari ni Fyna nak kongsikan amalan2 harian Rasullulah. Saja lah search pastuh jumpa n nak kongsilah dengan korang semua :D. At least kita boleh jadikan contoh dan teladan dalam menjalani kehidupan seharian kita kan? InsyaAllah :).

Ini antara amalan-amalan Rasulullah SAW :

  • Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi.
  • Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  • Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  • Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  • Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  • ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  • Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  • Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan
    pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  • Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  • Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  • Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi
    janggutnya-Tirmizi
  • Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  • Sahabat meriwayatkan:
    Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)- Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
  • Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  • Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.
  • Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  • Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  • Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  • Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
  • Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman .
  • Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  • Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan,ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  • Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  • Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  • Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  • Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  • Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
  • Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  • Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
  • Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan .
  • Silangkan kaki jika tidur di masjid.
  • Hadith:Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari
  • Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  • Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
  • Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  • Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  • Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
    mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
  • Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  • Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
  • Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
  • Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
  • Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  • Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
  • Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
  • Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
  • Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  • Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu Dawud
  • Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  • Beri salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda memberi salam sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau beredar.
  • Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  • Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  • Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
P/S : Peringatan untuk diriku jua :). Thanks for visiting & reading :). Luvue :D

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING

Views
Assalamualaikum & Hai.



Fyna ada join segmen nie. Nak join? Jom laa. Cepat tau. Tatikh tamat 1 Oktober 2012.
Nie link nya kalau awak awak nak join :)


Okay. Take care uolls :)



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

BELAJAR : BAGAIMANA MENDAPATKAN KEBERKATAN

Views
Assalamualaikum dan Salam Jumaat readers :). 
Semoga kita semua mendapat rahmat dari-Nya. InsyaAllah :)

         Okay, first off all, hari nie Fyna nak memberi tazkirah sikit lah pada hari jumaat nieh. Hiks. Bukan bajet pandai, tapi sekadar perkongsian. Search sana search sini, ada jumpa sal nak dapatkan keberkatan dalam belajar. How sweet! Hiks.

         Mungkin ramai yang dah tahu tips2 cemni, and mungkin ada yang belum tahu. Kan? :). Don't worry, fyna nak kongskan lah sikit kat sini. 

         Semua orang nak dapat berkat dalam belajar kan? Semua orang nak berjaya kan. Kalau taknak berjaya, comfirm tak belajar dah kan. Memang kita tak boleh tengok berkat tu, tapi dengan berkat tu lah kita boleh rasa tenang dan bahagia :).

         Okay dear, nie antara tips yang Fyna nak kongsikan kat u all. Hee :)

1. Niat.
    
     - Okay. Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T. Sebelum keluar pergi ke kuliah @ kelas. Niat tuu penting. Sentiasa ingatkan diri. Banyak kelebihan orang yang menuntut ilmu. Tak kira lah ilmu fardhu ain @ fardhu kifayah. Jangan mudah stress jika kelas mula seawal jam 8 pagi - 5 petang. Ingatah, sepanjang proses kita menuntut ilmu, malaikat sentiasa mendoakan kita.

2. Disiplinkan diri

      - Setiap kali nak study, latih diri baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu nak study tu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pon kita. InsyaAllah, hati pun akan rasa tenang :).

3. Utamakan seruan Allah S.W.T

      "Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya." (Imam Al-Ghazali)

       - Ni part yang paling penting sekali. Jika setiap kali rasa berat punggung nak berhenti study, fikir sejenak, jika aku mahu dijemput oleh Allah S. W.T di akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada tugasan lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi mudah rasa nak belajar selepas menunaikan solat. Itulah dinamakan BERKAT apabila kita utamakan Allah daripada benda lain.

4. Jangan lupa baca doa sebelum & selepas belajar, ambil wuduk sebelum mula belajar.

       - Berdoa agar Allah memberi kita kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita berwuduk, kita akan ingat bahawa belajar ini ialah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam.




.............................................................................................................


Ni lah serba sedikit yang dapat Fyna kongsikan. Selamat beramal yaa kawan-kawan :). And, Good Luck :D

Notakaki : Thanks for visiting & thanks for reading. :)


      - 


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

SEGMEN: SAMBIL BLOGWALKING DAPAT HADIAH !

Views
Assalamualaikum and Hi :)

 Okay hampa, aku join segmen nie :D . Nak join jugak? Jejak lah blog nie : http://mia-udax.blogspot.com/ . Okay LotsOfLove! :D

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

SEGMEN : Jom tingkatkan Followers Sampai Lebam

Views
Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum and Hai peeps!

Apa khabar anda semua? Hope sihat sihat belaka lah yee :). Semalam I bukak FB, then ada sorang Admin nie invite untuk hoin "SEGMEN : Jom tingkatkan Followers Sampai Lebam."



Whoaaa macam menarik dok? Menarik kan? So, I decide mcm nak join lah alang-alang dah kebosanan melanda nieh! Hee. Kawan-2 jum lah join sekali? :). N Followers gua tak lah ramai :( . Almaklumlah baru jea aktif berblogging, Huahua. Nie Followers gua :)


*Huaaaaaaa {maluuu}. Huuuu

Then bila dah join jangan lupa Follow Admin taw. WAJIB tuhh :D. Gua tak wajib, tapi mintak jasa baik kengkawan, follow lah yee. *Dengan muka duckface yang tak malu nie. Bhaha :D. 
Okay, stop here peeps! Luv u! 

NotaKaki : Thanks for reading & visiting dear! Follow me, I will follow you back :)


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

MEMORY :')

Views
Bismillahirrahmanirrahim..

ASSALAMUALAIKUM peeps!

Firstly, dah lama kan aku tak update entry nie. Hmm bukan apa laa. tak cukup masa nak update. Huahua. Masa agak terhad sekarang sejak start masuk sem baru hari tuh. Ngehngeh. Act, bosan lahh. Tuh bukak laman i yang dibiarkan sepi dan penuh lelabah dah nie. Hew! Hari nie waktu nie saat nie, *cewahh nampak kepulunan aku sedikit okay. HAHA.* aku nak hapdate tentang masa silam aku masa sekolah menengah dulu. Act, aku nie tak lah seaktif mana seperti hampa hampa kat luaq sana kan. Aku aktif gelak & teriak jaa. Bhaha :D. Aku ada join *Pancaragam. Hampa pon mesti taw kan apa itu Pancaragam? Tak tau, tanya mr.google okay :'D. Heee.

......................................................................

Okay, dah mula laa nak start merapu bila muqaddimah panjang-panjang. Huahua. Oke, sebenaqnya aku nak nyatakan kat sini, aku rindu sesangat sangat sangat sangatt nak main BAND tuhh. Rindu nak pegang instrumen nak buat formation bagai tuh :(. Seriously, rindu gilaa. Banyak sangat kenangan dengan team and the geng. Kami dipanggil events banyak tempat jugak lah. *tak sangka :).

....................................................................

 Oke, pic nie time 2008 and aku time tuu Form 3. Belemoih lagi aku time nie. Hahaa :D


Ini, basic n sedikit latihan sebelum nak masuk dalam stadium nak persembahkan kepada pihak-pihak juri. Heww !


Selepas diumumkan Johan bagi Kategori Brass Band 2008. Sumpah, menitik air mata. Tak sangka latihan yang dok buat hari-hari sampai tak kenai erti siang dan malam akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Waaaa :'). *Proud!


Di MPSAH, Jemputan mainkan lagu Negaraku time Sultan Kedah datang :). Semepna Konvokesyen MPSAH yang ke berapa ntah. *tak ingat.heeee ^^,


Hari Kemerdekaan :)

Dijemput membuat persembahan di SK Tikam Batu :)

 Kalau pandai, teka aku yang mana? Heee

Sukan Tahunan (2010) SMKCT :')

.............................................................................................................

Okay, nie lah sedikit sebanyak pic yang boleh di upload :). Banyak lagi. Tapi malas dah nak upload. Heee. Last but not least, I miss all of the moment. Always in my mind! 

MISS BAND, MISS SMKCT!

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

KOPI PASTA :)

Views
ASSALAMUALAIKUM SWEET READERS :')

Alhamdulillah, dah 15 hari sudah kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak :). Tak sangka kan, kejap jea. Sama-2 lah kita merebut keberkatan dalam bulan Ramadhan nie. Mana tahu, mungkin nie Ramadhan yang terakhir utk kita kan? *Just beringat..

I post entry nie bukan nya apa sebenarnya. Sbenarnya nak share lah dgn awok awok semua tentang satu artikel yang saya baca lepas solat subuh tadi :). And, saya rasa semua sedia maklum dah pasai nie. Tapi, still nak share lagi. Heheh. Bukan apa, rasa sedih bila baca artikel nie haa. Tajuk nyaaa......

Jenggg Jenggg .................

Hmm. 'SAAT NABI HAMPIR WAFAT' .

Tapi, saya hanya kopi pasta jaa ayat nie sbb malas nak explain :). Btw, ilmu jgak kan? Oke, sett!

Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

“Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku.”




Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah saw..
Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.






Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

DATANGMU DINANTI , PERGIMU DIRINDUI :)

Views
Assalamualaikum sweets readers :)

Sihat semua ? Hope always sihat di samping orang-orang tersayang lah yea :D . Sebelom terlupa , nak say siap2 Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak yang ke 1433H :) . Maaf laa yee lambat kit na update , busy kett . HAHA . Alhamdulillah, awal Ramadhan tahun nie dapat sambot dgn family kat uma . :) . tapi , yang sedihnya , da tak dapat sambot dgn arwah abah lagi dahh . Ramadhan 1432H adalah ramadhan terakhir untuk arwah [al-fatihah] . tapi , tak pe , Allah dah aturkan yang terbaik untuk hambanya :) . Am I right dear ?  Time bulan Ramadhan nie jugak laa kita nak perbanyakkan ibadah kita :) . Tarawih lagi , bacaan al-quran , waaa serius RINDU nak wat semua tuu dgn kawan kawan dulu time kat asrama . hukhuk . sekarang buat jugak , tapi suasana ta macam dulu lagi . huhu . So, kena lah hargai setiap apa yang kita lakukan. Jangan asyik dok krohh krohh jaa taw. Heheh. Mungkin ramadhan tahun nie ramadhan yang terakhir buat kita. Kita tak tahu kan? So, muhasabahlah diri :) [peringatan untuk diri jugak :)].



Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:

♥ Puasa orang awam ^.~ hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat. 

♥ Puasa orang khas ^.~ cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.

♥ Puasa paling khas ^.~ menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah.


Rasulullah pun dah berkata, Ramadhan bulan Umatku. So, sama sama lah kita rebut peluang yang ada nie untuk beribadah. InsyaAllah & mudah-mudahan diberkatiNya :) . Semoga sama-sama mendapat malam Lailatul Qadar :) . Wallahu'alam ~


P/S : SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA :) . 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

NISFU SYAABANNNNNN :)

Views
ASSALAMUALAIKUM readers :)

First of all, Salam Nisfu Syaaban untuk readers kay :) . Hari Nisfu Syaaban ialah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun di angkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Malu pulok rasa dekat Allah atas salah & silap selama nie. Huhu. So now, kita buka baru okay :) . Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas semua salah & silap saya oke :) 0-0 lahh :D . Malam Nisfu Syaaban yang mulia nie, kita baca Yasin selepas solat maghrib right? Tambah-tambah bila dok asrama. Ingat zaman dulu kala baca ramai-ramai dengan sahabat-sahabat asrama. Damai rasa di hati :). Oke, bacaan Yasin yang pertama dengan doa untuk selamat di dunia & akhirat. Second, doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan. And yang ketiga, doa lah supaya dimurahkan rezeki yang halal. Bukan selalu kita nak buat gini kan. So, bila lagi :).  Kat entry nie, i nak cita sikit lah apa yang i tahu mengenai malam Nisfu Syaaban nie :). 



PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
1. Malam Nisfu Syaaban
        Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
       Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
-Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu. 
-Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
-Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
-Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
-Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
-Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
-Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
-Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
-Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
-Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.-
-Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
-Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
-Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
-Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
-Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
*Nie lah serba sikit yang i tahu yaa :). Ngehngeh :D . Digalakkan juga lakukan Solat Sunat Nisfu Syaaban :). Semoga hari berikutnya lebih baik dari sebelum nie. InsyaAllah :)








#Peringatan untukku jua ~ 

Lastly, SALAM NISFU SYAABAN UNTUK SEMUA LAGI SEKALI YAAAHH ! :)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

SYAABAN comes again :)

Views
Today is 1st Syaaban right? Menandakan kita akan bertemu Ramadhan tak lama lagi :D. Banyak kelebihan bulan Syaaban nie kan? Oke.

FADHILAT BULAN SYAABAN

*Memperbanyakkan puasa sunat :)
--> Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada hari akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti phala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

*Memperbanyakan doa, zikir & berselawat kepada Rasulullah SAW :)
--> Sabda Rasulullah SAW : :Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

*Bertaubat
--> Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata :  "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu"




Act, nie berdasarkan apa yang aku tau sikit sikit lah kan. Almaklumlah aku ini hanya insan yang penuh kelemahan.  Tapi, sekurang-kurangnya kita cuba nak memperbaiki diri kita kan :). Hijrah :). Heheh. 

Rejab bulan menabur benih,
Syaaban bulan menyiram tanaman,
Ramadhan bulan menuai.

Rejab menyucikan badan,
Syaaban menyucikan hatinya,
Ramadhan menyucikan rohnya.

Rejab bulan taubat,
Syaaban bulan muhibbah,
Ramadhan dilimpahi segala amalan.

Wallahualam :)

P/S : Peringatan untuk diriku jua :). Waiting for Malam Nisfu Syaaban ^^,






Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

FINAL menjemputku :)

Views
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, today, maseh boleh bernafas dan melihat dunia yang sangat indah ciptaan Illahi :). Hmm, sebenarnya, bosan sangat tak tahu nak wat apo :(. Hmm, tak lama lagi FINAL. wuhuuu, takutt -.-''. But, law dah prepare semua, dunwury lah kan :) . Baru prepare ckit-2 jea :). Hikhik. 90% prepare untuk presentation & 10% lagik untuk exam. HAHA . Takpa, maseh ada masa enn, revision week :D. Sem nie act kena struggle lebih lah law nak maintain pointer -.-''. Fuhh penat-2 . Heheh. Tapi, kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan. Kan kan kan? Tapi, law bole nak improve kan lagik lah :) Kami nanak hat nieeeee - - - -


Memang agak susah nak score, tapi bak kata orang orang dulu, ALAH BISA TEGAL BIASA :). Kan kan ? Heee. Apapon, Gud Luck untuk semua :). 

P/S : PRACTISE MAKES PERFECT. SO, KEEP IN TOUCH :D


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

HAPPY FATHER'S DAY !

Views
Assalamualaikum :)

Hari nie 17/6/12 , hari bapa kan . So, i want to wish lah sape-2 yg bergelar BAPA tuhh , HAPPY FATHER'S DAY :) . Hargailah selagi dia masih bernyawa :') . Act, miss sangat-2 kat arwah abah :'( . Hmm, tapi apepun, moga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman lah :) . setiap yang hidup pasti akan menemui ajal masing-2 kan . Juz kena accept lah kan . Tapi , tu laa , 1st agak susah lah kan kita nak terima , sbb owg yang dekat dgn kita , darah daging kita n owg yang kita sayang kan . Tapi, kita kena redha kan :) . Pape pon , Al-Fatihah untuk arwah abah .. Anakmu terlalu merinduimu & meyayangimu selalu :( . Lots Of Love ! Selamat Hari Bapa <3 .


P/S : KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA , KASIH AYAH SEPANJANG MASA :) . SAYANG SEMUANYA !




Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

KAWAN or SAHABAT ? :) . Chakkk !

Views
ALHAMDULILLAH.. Hari nie maseh bernafas :). Hmm hari nie malam nie saat nie aku nak cakap tentang KAWAN.. Apa itu KAWAN? yang aku paham laa kan, kawan nie kenalan kita tak kira laa baru kenai ka even dah lama kenai. Kawan nie ada macam-macam jenih, antaranya :-
  1. Kawan yang boleh ngaku kawan jaa. 
  2. Kawan yang boleh ngaku kawan tepi jalan jaa. 
  3. Kawan yang boleh ngaku kawan baik.
  4. Kawan yang boleh ada bersama ketika susah & senang [ hat nie cukup payah nak cari ]
  5. Kawan yang boleh dibawak berbincang :) [ hat nie aku suka ]
haa, nie laa yang aku faham mengenai KAWAN :). What about the SAHABAT? Haa, maksud dia sama jaa dengan kawan act, but yang membezakan dua perkataan ini adalah, sahabat adalah KAWAN yang sentiasa ada ketika waktu kita susah @ senang kita. Always beside jeee. Always OFFER his hand to continue to rise :). Waaa, sweet kan SAHABAT? Susah kan nak cari sahabat nie? Okay, i want to gives tips on how to choose SAHABAT :)..





Pesanan Al-Qammah [ seorang sahabat Rasulullah SAW ] kepada anaknya :-



  1. Pilihlah sahabat yang akan melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita. Jika kita ada kekurangan, dia sedia mencukupinya :).
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu. Jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menyebut-nyebutnya :)
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna. Dan jika ia mengetahui keburukan dirimu, ia suka menutupinya dari orang lain mengetahuinya :).
  4. Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta bantuan daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu :)
  5. Pilihlah sahabat yang kalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau menemukan sesuatu persoalan yang berat, dia suka mengusahakannya, dan jika engkau berselisihan faham dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Kalau kita hendak mencari atau mendapatkan sahabat yang baik, kita perlulah terlebih dahulu menjadi sahabat yang baik kepada diri dia..

*Peringatan untuk diriku jua :)

P/S : So, tanyalah diri & hati anda. Adakah diri anda sekarang boleh dianggap sebagai seorang sahabat yang baik? Fikirkanlah :).

Pssssttt, IMYSM bebehh :D ! LOL ~ 

Sentiasa positif, untuk muhasabah diri mencari keredhaan Allah SWT :). Wassalam :D.


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial