SEGENGGAM TABAH.

Views

Bertali arus dugaan tiba,
Menakung sebak air mata,
Namun tak pernah pun setitis,
Gugur berderai di pipi.

Tidak ditempah hidup sengsara,
Suratan nasib yang melanda,
Menongkah badai bergelora,
Diredah bersendirian.

Bagaikan camar pulang senja,
Patah sayapnya,
Tetap terbang jua,

Sekadar secicip rezeki,
Buat yang sedang rindu menanti.

SEGENGGAM TABAH dipertahankan,
Buat bekalan diperjalanan,
Kau bebat luka yang berdarah,
Kau balut hati yang calar.

Telah tertulis suratan nasibmu,
Derita buatmu ada hikmahnya,
Terlukis senyum di bibir lesu,
Tak siapa tahu hatimu.

Biarpun keruh air di hulu,
Mungkinkah jernih di muara,
Biarpun jenuh hidup dipalu,
Pasti bertemu tenangnya.

INSYA-ALLAH :')

          Setiap malam boleh kata aku asyik dengaq lagu nie jaa sebelum nak tidoq, repeat lagu nie jaa. Sometimes, terlena macam tuu jaa :). Hiks. Banyak memberi makna untuk aku, & utk pembakar semangat untuk aku act lagu nie :). La tahzan, Fariqan Afina :). Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah :D.

NotaKaki : I dream of a time when i'm straight and you set me free but i can't walk away, got some kind of      dependancy. 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

2 comments:

Nurul Aini said...

Betul..saya pun suka lagu ni. Lagi satu lagu mestica rahmat ujian. ^__^

~miSzdeAr~ said...

Yah. Best2 :)