NOTE!! ESPECIALLY BOY!!

Views
Assalamualaikum, bismillah :)

Sharing is caring. Nahhh nak tempekk kat sini. Take note okayy!


Sayang isteri? Sayang anak-anak? Sayang family? Pleaseee, changeeee!

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

KELEBIHAN VIVIX [ SHAKLEE ]

Views
Assalamualaikum, bismillah :)

Alhamdulillah, product SHAKLEE semakin hari semakin mendapat permintaan ramai :). Cik Fyna sendiri mengamalkan product Shaklee. Antara yang Cik Fyna amalkan ialah Set Skin Care :)

Hari ni, Cik Fyna nak memperkenalkan VIVIX pula :)

Apa itu VIVIX?

Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui RAHSIA di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah.


KELEBIHAN VIVIX

- Membantu mengelakkan KANSER!
- Mengurangkan risiko PENYAKIT JANTUNG.
- Mengurangkan komplikasi DIABETES / KENCING MANIS.
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
- Meningkatkan kesihatan ARTHRITIS & menyokong KESIHATAN SENDI.
- Membantu kurangkan insiden bagi penyakit NYANYUK.
- Menggalakkan PENURUNAN BERAT BADAN.
- Meningkatkan SISTEM IMMUNE menyokong KESIHATAN MATA.
- Menggalakkan kesihatan KESELURUHAN! 
- Tak perlu menelan pil yang banyak sangat untuk kesihatan.
- Melambatkan proses penuaan LOCK YOUR AGE!

Banyak kan kelebihan VIVIX? Sekarang, Cik Fyna nak terangkan pula cara pengambilan Vivix supaya awak semua lebih jelas :) . Khas buat my lovely customer :)

BAGAIMANA CARA PENGAMBILAN VIVIX

- Hanya satu sudu teh sahaja (JIMAT KAN)
- Setiap hari.
- Sejurus selepas makan.
- Goncang sebelum minum.
- Simpan di dalam peti sejuk

Untuk pengetahuan semua termasuk my customer, VIVIX sedang HOT dan PROMO PRICE! Berminat? PM saya segera untuk mendapatkan PROMO PRICE. Saya juga akan memberi konsultasi percuma kepada sesiapa yang purchase dengan saya :)


Thankyou :)


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

DI ANTARA KELEBIHAN DAN KHASIAT ALFAFA UNTUK LELAKI DAN WANITA

Views
Assalamualaikum, bismillah :)


Alfafa juga mendapat permintaan tinggi daripada customer2. Alfafa terkenal sebagai MILK BOOSTER kepada ibu-ibu yang menyusu. Selain itu, ia juga boleh merawat masalah keputihan wanita!

Alfalfa ini juga mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. 

KELEBIHAN DAN KHASIAT ALFAFA

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
5. Merawat arthitis.
6. Bagus untuk elergi dan ekzema.
7. Merawat asthma.
8. Mencuci usus bagi membuang toksik.
9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor.
10. Meneutralkan asid dalam badan.
11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
16. Meningkatkan stamina seorang suami.
17. Melegakan sembelit.
18. Membuang angin dalam badan.
19. Milk booster - UNTUK IBU MENYUSU


KEBAIKAN MEMAKAN ALFAFA

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
    - Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
    - Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa 
    - Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 
      dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.


KEISTIMEWAAN ALFAFA SHAKLEE

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang).
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia.
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji.  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi.
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit.
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati.
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang.


Untuk mendapatkan harga special, PM SINI . Sy akan memberikan konsultasi percuma apabila anda membeli produk SHAKLEE dari saya :) 

Ukhwah fillah :D thankyou!



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

ESP SHAKLEE [ BEST SELLER / ON DEMAND ]

Views
Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, SHAKLEE memang the best product yang pernah Cik Fyna try. Sekarang Alhamdulillah, dah registered a Shaklee Indipendent Distributer . ID : 1077447 . Senang nak walk in beli sendiri nanti :) .
Produk Shaklee memang sentiasa ON DEMAND n BEST SELLER tau! Memang berkesan jika kita makan mengikut jadual yang betul. InshaAllah. Setiap usaha yang kita lakukan, ada hasilnya :)


Kenapa Ramai Yang sukakan ESP dan Menjadi HOT PRODUCT?

- ESP menjadikan kulit muka lebih cantik, gebu dan berseri.
- ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang berasa letih.
- ESP sebagi MILK BOOSTER untuk ibu2 menyusu.
- ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi cepat rasa      kenyang dan kurang meragam.
- Berkesan dalam menganjalkan kulit dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan  kembali payudara yang kendur.
- Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
- Berupaya menghilangjkan parut jerwat di muka kerana terjadi parut akibat kekurangan protein untuk  membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

TIPS ESP
Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab ianya boleh hapuskan nutrisi.
- Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal.
- Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang / SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul.

Ramai yang tanya, siapa yang boleh minum ESP?

Semuaaaaaaaa boleh minum ESP, tak kira tua, muda, belum kahwin, yang dah kahwin, lelaki, perempuan dan umur yang atas pada setahun pon dah boleh minum :)

Nak dapatkan BEST PRICE? PM me fastttt :D I will give u best PROMO PRICE :)


Thank you :)




Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

TAKE NOTE !

Views

Assalamualaikum, bismillah :)


Renungan bersama di petang hari. Moga Allah memberkati. Allahumma Salli A'la Sayyidina Muhammad, Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad. <3



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

GLAUCOMA

Views
Assalamualaikum, bismillah :)

DEFINITION GLAUCOMA
- Opthalmic disease
- Glaucoma is a group of eye conditions that lead to damage to the optic nerve

CAUSES
- Dietary
- Ethnicity and gender
- Genetics

TYPES OF GLAUCOMA
- Open angle (chronic) glaucoma
- Angle closure (acute) glaucoma
- Congenital glaucoma
- Secondary glaucoma

SIGN AND SIMPTOM

- Eyes hard as tennis ball
- Fill Of Vision (FOV) limited / tunnel vision
- Cornea hazy
- Throbbing
- Blurring of vision
- Haloes
- Photophobia
- Nausea & vomit

TREATMENT
- Eye vision
- Tonometry / Slit lamp
- IV Mannitol if IOP increase
- Oral Glycerol [ to reduce IOP ]
- Tab Diamox [ Diuretic]
- Timolol / Timoptol [ if IOP increase ]
- Gutt. Pylocarpin [ to contsrict the pupil ]
- Surgery --> 1) Iridectomy
                     2) Trabecculectomy


MOOD : Bosan. So share entry nie dengan awak semua :) . Sorry just simple, but nice kan? HAHAHA :D

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

KEISTIMEWAAN PRODUK SHAKLEE

Views
Assalamualaikum, bismillah :)

Okay, Cik Fyna tahu, mesti ramai yang dah tahu tentang produk SHAKLEE ni. Tapi, mungkin juga ada yang belum tahu. Bagi chance Cik Fyna terangkan sedikit sebanyak tentang keistimewaan produk Shaklee ni. Sesuai untuk semua golongan tak kira yang dah kawen or belum hokayyy :D

KEISTIMEWAAN PRODUK SHAKLEE

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang


Nah hamik kau sedaebak Cik Fyna bagi. Hehe. Okay! Bacalahh :) 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, boleh PM SINI / email ke eqanafina@yahoo.com . Jika berminat, boleh order untuk promosi NOVEMBER. Cepat GRAB! 

ID : 1077447

Klik SINI kalau baik hati :)


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Views
Assalamualaikum, bismillah.


Now, i'm officially a registered Shaklee Independent Distributor.
ID : 1077447

Sesiapa yang berminat dengan produk Shaklee dan ingin mencuba, bolehlah PM ke SINI / email ke eqanafina@yahoo.com . :)

InsyaAllah, bagi yang belum tahu, sy akan guide/bantu anda :D

LotsOfLove :)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

JOLLY SHANDY LEMON SEJENIS MINUMAN KERAS

Views
Assalamualaikum & hai.

Seperti yang kita lihat tajuk di atas, memang sudah tahu2 kan yang Cik Fyna nak celoteh apa malam ni.

 < JOLLY SHANDY >

Haaa, terang lagi bersuluh tak perkataan tu? Haha. Okay, macam yang kita tahu, ramai yang dah mula cakap2 pasai JOLLY SHANDY yang dikilangkan dari kilang Carlsberg ni. Kat Facebook laa, Twitter la n macam2 lagi laa laman sosial. Cik Fyna ada buat sedikit quick research sal JOLLY SHANDY. Yelah, nak tahu dgn lebih lanjut kan. Lets share :)

Okay, awak semua tahu tak apa maksud SHANDY? Tahu? Ok, dah tahu, bagus! Bagi yang tak tau lagi, meh nak terangkan sikit. SHANDY tu bermaksud beer yang dicampur dengan minuman ringan berkarbonat. Dia ada dalam macam2 perisa. Cth : lemon, apple DLL.


Tengok pic kat atas, dah terang lagi bersuluh kan kat bawah tu ada tulis 'BEER', so memang sah2 laa kan tak boleh makan bagi umat Islam. So, lepas ni kalau nak beli, pleaseeeeeeeeeeeeee kawan2 tengok dulu apa yang tulis kat botol/kotak/plastik dan sewaktu dengannya. Hokay? Ingatan untuk Cik Fyna sendiri jugak :) .

Arak juga ada bahayanya tersendiri, selain memabukkan, malah HARAM di sisi Islam. 

Sepuluh orang yang dikutuk Allah menegnai arak :

- PEMBUATNYA
- PENGEDARNYA
- PEMINUMNYA
- PEMBAWANYA
-PENGIRIMNYA
-PENJUALNYA
- PEMAKAN WANG HASILNYA
- PEMBAYARNYA
- PEMESANNYA

( Hadis Riwayat Imam Tirdmizi )

So, hati-hatilah awak semua k. Jangan terlibat dalam 10 golongan yang dilaknat tu. Kalau boleh, elakkan bekerja di tempat yang terpaksa macam dalam 10 golongan tu. Tak mau mention kat sini contoh kerja apa, Cik Fyna tahu, awak semua pon bole fikir kan :) . Masih banyak kerja yang halal di sisi Allah, biaq laa gaji rendah sikit, asalkan halal.Apapon, nawaitu kita yang paling penting :)

Okay, lau awak semua nak tahu lebih lanjut tentang arak ni, bole google jea :) macam2 adooo. Cik Fyna pon buat quick google jea nih. Sbb ada keja lagi nak kena buat. Busy sikit. Uwaa. Okay ni lah sedikit sebanyak yang dapat nak share. Hope berguna sedikit sebanyak untuk awak semua :)

Sharing is caring ^^,

Thankyou sudi baca :) . Kalau rajin tinggalkan jejak kaki anda, t Cik Fyna jejak awak semua balik :D

Genighttt! Assalamualaikum :)











Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

SINOPSIS PLAYBOY ITU SUAMI AKU

Views
Assalamualaikum, hai :)
Poster Playboy Itu Suami Aku
‘Playboy Itu Suami Aku’ mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.
Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.
Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.
Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.
Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.
Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.
Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.
Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

PUISI UNTUK SAHABATKU

Views
Assalamualaikum, bismillah.

Sahabatku,
Seberat mana pun masalah yang kamu hadapi,
Sesulit mana pun keadaan yang harus kamu hadapi,
Jangan sesekali lari darinnya,
Lapangkan dada,
Terima segalanya,
Mungkin ujian itu untuk mematangkan kamu,
Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua itu.

Sahabatku,
Jika kau kesunyian,
Jika kau memerlukan aku,
Jika kau ingin luahkan semuanya kepadaku,
Aku bersedia untuk memikul beban itu bersamamu,
Kerana aku tahu,
Aku pernah merasai apa yang kamu sedang merasai tika ini.

Sahabatku,
Aku memohon maaf atas segala kekuranganku,
Tak dapat mengindahkan hari-harimu,
Aku adalah aku,
Segala kekuranganku harap seadanya diterima olehmu,
Aku sayang kamu kerana Allah,
Kerana takdir kita bertemu,
Kerana takdir juga kita berpisah.

Sahabatku,
Semoga kamu sentiasa di bawah rahmat-Nya,
Semoga kamu sihat sentiasa,
Semoga hari-harimu seindah pelangi di atas sana,
Semoga kamu sentiasa tabah dengan ujian-Nya.
La tahzan ya ukhti.

P/S : Thankyou for everythings dear. Cc : Cahaya Cita-cita :)


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA

Views
Assalamualaikum, bismillah :)


Gud evening semua :) hehe. Bosan sungguh kalau cuti hujung minggu gini lau tadak apa keja nak buat. *padahal assignment bertimbun. Kekeke. Boring2 nie nak update entry lah. Memandangkan dah lama tak update kan. Asyik update sal join GA jaa. Hikhik.

Okay, aku dah mula mengarut dengan mukaddimah yang tah apa apa. Lets start. Cewahh. Ehehe. Hari khamis lepas, 7/11/2013, kolej Cik Fyna mengadakan lawatan sambil belajar. Kat mana? Ohh, tengok tajuk entry pon dah tau kan? Hehe. Lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta. Alaaa, orang selalu panggil Tanjung Rambutan tuh haa. Hehe. Memandangkan kami sem 5, Faculty Nursing belajar tentang Psyciathric Nursing (PSY), so kami pergi observe laa kat sana sebab HBUK ialah Hospital untuk pesakit Psyciatric yang terbesar di Malaysia. Cewahh, bangga tak bangga tak :P.


Nie antara sedikit sebanyak maklumat yang boleh dikongsi sbbnya kebanyakkan adalah rahsia. Sorry :)

- Beroperasi : 1911-2013 ( 102 tahun )
- Dulu dikenali sebagai Federal Lunatic Asylum, kemudian ditukarkan kepada Central mental Hospital,sekarang dikenali sebagai Hospital Bahagia Ulu Kinta.
- Pengarah : Dr. Hajjah Rabaiah binti Haji Salleh

Dekat sana macam2, jenis pesakit yang kita dapat tengok. Dan banyakkkkk sangatt aktiviti pesakit PSY nie buat. Boleh mendatangkan wang tau utk depa. Jgn ingat pesakit yang mengalami masalah mental nie macam yang awak awak tengok tepi jalan tu tau. Dekat sini, depa diberi ubat utk kawal diri depa. Bila dah boleh kawal, macam2 keja depa bule buat. Bg pesakit yang ada kemahiran lebih, lagi banyak laa pesakit tu dapat income :). 

Antara aktiviti yang dibuat ialah berkebun, car wash, memasak, mengkait, key-chain menggunakan tempurung, almari & macam2 lagi. Hebat kan depa? Lagi hebat dari Cik Fyna tauuu. HAHA. Dgn kemahiran mereka tu, hasil yang depa buat, then depa jual. Tapi masa depa buat tu, of course laa ada yang awasi. Tak boleh biaq depa macam tu jaa. Takut berlaku benda di luar jangkaan. Hoho.

Memang sangat besaq HBUK tu. Dengan keluasan beratus hektar, mcm kawasan University plak dalam tu. Untuk pesakit yang memang dah tinggal lama d situ, depa ada Rumah Tinggal Lama untuk pesakit yang mmg dah lama di situ. Cantik. Macam rumah tradisional dulu-dulu. Alaaa kan dah 100 tahun kan. Hehe. Tp, tetap cantik :)

Tak dapat nak kongsi gambaq2 dekat sana, kalau ada lagi best kan nak dikongsi kat sini. Tapi, kami tak dibenarkan utk snap picture kat situ. Sbb pernah ada kes apa tah kan. So, tak dapatlah nak kongsi dgn awak semua. Ampun! Hehe

Apapon, best jgk laa pegi sana. Hehe. Pemandangan cantik kawasan pon bersih sangat.

Okay, nie group Cik Fyna :)

Photo

Di Occupational Therapy, with senior.

Photo

Okay, tu jea laa sedikit sebanyak yang leh dkongsi :) hehe


Nampak macam takda motif gambaq ni, tapi Cik Fyna nak habaq, nie laa kawan yang banyak tolong Cik Fyna kat sini :) alhamdulillah. Terima kasih kawan :D pic nie snap masa dlm Dewan HBUK sebelum dengar ceramah. Hekhek







Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

SPAN CHEESE CAKE

Views
Assalamualaikum semua :)

Dah lama sangat teringin nak buat SPAN CHEESE CAKE nie. Sebelum nie makan kat rumah membe sajor, tapi, teringin nak makan dari hasil air tangan sendiri. Lau tak buat, macam mana tau sedap ke tak air tangan sendiri kan? Kekeke. Sebenarnya, Cik Fyna ni bukan laa peminat cheese tegar pon. Cik Fyna nie peminat COKLAT tegar hokayy :D . CHOCAHOLIC katakan :P . Tapi, idea nak buat CHEESE CAKE nie sbb sifat ingin mencuba. Ehehe. Disebabkan Cik Fyna pernah try cheese cake nie, dan alhamdulillah menjadi, Cik Fyna nk share lah dengan awak awak semua :) . Mana tahu, awak awak semua nak cuba wat kan? So, lets join! Ehehe

Okay, mula2 opkos laa kita nak buat kek dulu kan. Haa pi kedai beli bahan2 ni dulu hokayy! HAHA

BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung kek naik sendiri ( cap apa pon tak kisah, ikut citarasa sendiri )
1 cawan gula aising
1/2 cawan susu segar Dutch Lady Full Cream
3 keping cheese ( KRAFT )
5 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan minyak mazola

CARA-CARANYA :

- Masakkan susu dengan cheese tadi sampai larut. *api jangan besar sangat tau
- Dah larut susu dan cheese tadi, ketepikan.
- Pukul semua bahan untuk buat kek, kecuali minyak. Pukul sampai betul2 gebu.
- Then, masukkan susu dgn cheese yang dimasak tadi. Pukul lagi.
- Kemudian, masukkan minyak mazola. Pukul lagi lebih kurang 3-5 minit.
- Panaskan oven 170C bakar selama 45minit atau sampai masak.


Okay, dah siap masak. Biar kek sejuk seketika. Then, alihkan dari bekas yang dah bakar tadi.
Kemudian, buat topping pulak :) nyumm nyumm

BAHAN UNTUK ISING / TOPPING :

- Cream cheese  ( TATURA ) 250gm.
 *Cik Fyna guna separuh jaa. 250gm dah lebih pada cukup.
- Susu pekat manis 1/2 tin @ ikut citarasa.

CARA :

- Pukul hingga sebati
- Kemudian curahkan atas kek perlahan-lahan & ratakan keseluruhan kek.
-Kemudian letakkan cheese yang diparut ( CHEESE CHEDDAR KRAFT )

Hokayy, dah siap! Simpan dalam peti sejuk dulu sebelum menikmati. Confirm marvelous! Aumm! Hehe. Senang kan? Selamat mencuba okay :) & good luck! Apapon, bismillah dulu yer :)










Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Sinopsis Projek Memikat Suami

Views
Assalamualaikum :)


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” – Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” – Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Sebuah lagi drama terbaru adaptasi novel romantik, Projek Memikat Suami nukilan Hanina Abdullah akan ditayangkan di Astro Ria.

PELAKON: Emma Maembong (Nawwal Husna), Aiman Hakim Ridza (Zahrain), Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai),Sherry Ibrahim.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial