LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA

Views
Assalamualaikum, bismillah :)


Gud evening semua :) hehe. Bosan sungguh kalau cuti hujung minggu gini lau tadak apa keja nak buat. *padahal assignment bertimbun. Kekeke. Boring2 nie nak update entry lah. Memandangkan dah lama tak update kan. Asyik update sal join GA jaa. Hikhik.

Okay, aku dah mula mengarut dengan mukaddimah yang tah apa apa. Lets start. Cewahh. Ehehe. Hari khamis lepas, 7/11/2013, kolej Cik Fyna mengadakan lawatan sambil belajar. Kat mana? Ohh, tengok tajuk entry pon dah tau kan? Hehe. Lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta. Alaaa, orang selalu panggil Tanjung Rambutan tuh haa. Hehe. Memandangkan kami sem 5, Faculty Nursing belajar tentang Psyciathric Nursing (PSY), so kami pergi observe laa kat sana sebab HBUK ialah Hospital untuk pesakit Psyciatric yang terbesar di Malaysia. Cewahh, bangga tak bangga tak :P.


Nie antara sedikit sebanyak maklumat yang boleh dikongsi sbbnya kebanyakkan adalah rahsia. Sorry :)

- Beroperasi : 1911-2013 ( 102 tahun )
- Dulu dikenali sebagai Federal Lunatic Asylum, kemudian ditukarkan kepada Central mental Hospital,sekarang dikenali sebagai Hospital Bahagia Ulu Kinta.
- Pengarah : Dr. Hajjah Rabaiah binti Haji Salleh

Dekat sana macam2, jenis pesakit yang kita dapat tengok. Dan banyakkkkk sangatt aktiviti pesakit PSY nie buat. Boleh mendatangkan wang tau utk depa. Jgn ingat pesakit yang mengalami masalah mental nie macam yang awak awak tengok tepi jalan tu tau. Dekat sini, depa diberi ubat utk kawal diri depa. Bila dah boleh kawal, macam2 keja depa bule buat. Bg pesakit yang ada kemahiran lebih, lagi banyak laa pesakit tu dapat income :). 

Antara aktiviti yang dibuat ialah berkebun, car wash, memasak, mengkait, key-chain menggunakan tempurung, almari & macam2 lagi. Hebat kan depa? Lagi hebat dari Cik Fyna tauuu. HAHA. Dgn kemahiran mereka tu, hasil yang depa buat, then depa jual. Tapi masa depa buat tu, of course laa ada yang awasi. Tak boleh biaq depa macam tu jaa. Takut berlaku benda di luar jangkaan. Hoho.

Memang sangat besaq HBUK tu. Dengan keluasan beratus hektar, mcm kawasan University plak dalam tu. Untuk pesakit yang memang dah tinggal lama d situ, depa ada Rumah Tinggal Lama untuk pesakit yang mmg dah lama di situ. Cantik. Macam rumah tradisional dulu-dulu. Alaaa kan dah 100 tahun kan. Hehe. Tp, tetap cantik :)

Tak dapat nak kongsi gambaq2 dekat sana, kalau ada lagi best kan nak dikongsi kat sini. Tapi, kami tak dibenarkan utk snap picture kat situ. Sbb pernah ada kes apa tah kan. So, tak dapatlah nak kongsi dgn awak semua. Ampun! Hehe

Apapon, best jgk laa pegi sana. Hehe. Pemandangan cantik kawasan pon bersih sangat.

Okay, nie group Cik Fyna :)

Photo

Di Occupational Therapy, with senior.

Photo

Okay, tu jea laa sedikit sebanyak yang leh dkongsi :) hehe


Nampak macam takda motif gambaq ni, tapi Cik Fyna nak habaq, nie laa kawan yang banyak tolong Cik Fyna kat sini :) alhamdulillah. Terima kasih kawan :D pic nie snap masa dlm Dewan HBUK sebelum dengar ceramah. Hekhek







Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

1 comment:

Niena Reen said...

wah pengalaman berharga ni kan.. :)