BELAJAR : BAGAIMANA MENDAPATKAN KEBERKATAN

Views
Assalamualaikum dan Salam Jumaat readers :). 
Semoga kita semua mendapat rahmat dari-Nya. InsyaAllah :)

         Okay, first off all, hari nie Fyna nak memberi tazkirah sikit lah pada hari jumaat nieh. Hiks. Bukan bajet pandai, tapi sekadar perkongsian. Search sana search sini, ada jumpa sal nak dapatkan keberkatan dalam belajar. How sweet! Hiks.

         Mungkin ramai yang dah tahu tips2 cemni, and mungkin ada yang belum tahu. Kan? :). Don't worry, fyna nak kongskan lah sikit kat sini. 

         Semua orang nak dapat berkat dalam belajar kan? Semua orang nak berjaya kan. Kalau taknak berjaya, comfirm tak belajar dah kan. Memang kita tak boleh tengok berkat tu, tapi dengan berkat tu lah kita boleh rasa tenang dan bahagia :).

         Okay dear, nie antara tips yang Fyna nak kongsikan kat u all. Hee :)

1. Niat.
    
     - Okay. Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T. Sebelum keluar pergi ke kuliah @ kelas. Niat tuu penting. Sentiasa ingatkan diri. Banyak kelebihan orang yang menuntut ilmu. Tak kira lah ilmu fardhu ain @ fardhu kifayah. Jangan mudah stress jika kelas mula seawal jam 8 pagi - 5 petang. Ingatah, sepanjang proses kita menuntut ilmu, malaikat sentiasa mendoakan kita.

2. Disiplinkan diri

      - Setiap kali nak study, latih diri baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu nak study tu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pon kita. InsyaAllah, hati pun akan rasa tenang :).

3. Utamakan seruan Allah S.W.T

      "Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya." (Imam Al-Ghazali)

       - Ni part yang paling penting sekali. Jika setiap kali rasa berat punggung nak berhenti study, fikir sejenak, jika aku mahu dijemput oleh Allah S. W.T di akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada tugasan lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi mudah rasa nak belajar selepas menunaikan solat. Itulah dinamakan BERKAT apabila kita utamakan Allah daripada benda lain.

4. Jangan lupa baca doa sebelum & selepas belajar, ambil wuduk sebelum mula belajar.

       - Berdoa agar Allah memberi kita kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita berwuduk, kita akan ingat bahawa belajar ini ialah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam.




.............................................................................................................


Ni lah serba sedikit yang dapat Fyna kongsikan. Selamat beramal yaa kawan-kawan :). And, Good Luck :D

Notakaki : Thanks for visiting & thanks for reading. :)


      - 


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

4 comments:

Unknown said...

jum sama-sama amalkan :)

Unknown said...

Jum, InsyaAllah. Gud luck dear :)

Unknown said...

nice words

Unknown said...

Thanks :)