Assalamualaikum, bismillah.
Sahabatku,
Seberat mana pun masalah yang kamu hadapi,
Sesulit mana pun keadaan yang harus kamu hadapi,
Jangan sesekali lari darinnya,
Lapangkan dada,
Terima segalanya,
Mungkin ujian itu untuk mematangkan kamu,
Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua itu.
Sahabatku,
Jika kau kesunyian,
Jika kau memerlukan aku,
Jika kau ingin luahkan semuanya kepadaku,
Aku bersedia untuk memikul beban itu bersamamu,
Kerana aku tahu,
Aku pernah merasai apa yang kamu sedang merasai tika ini.
Sahabatku,
Aku memohon maaf atas segala kekuranganku,
Tak dapat mengindahkan hari-harimu,
Aku adalah aku,
Segala kekuranganku harap seadanya diterima olehmu,
Aku sayang kamu kerana Allah,
Kerana takdir kita bertemu,
Kerana takdir juga kita berpisah.
Sahabatku,
Semoga kamu sentiasa di bawah rahmat-Nya,
Semoga kamu sihat sentiasa,
Semoga hari-harimu seindah pelangi di atas sana,
Semoga kamu sentiasa tabah dengan ujian-Nya.
La tahzan ya ukhti.
P/S : Thankyou for everythings dear. Cc : Cahaya Cita-cita :)
No comments:
Post a Comment