TIPS TEMUDUGA

Views
Assalamualaikum :)

Hope kita semua sentiasa mendapat rahmat dpd Allah SWT :) . Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempetan utk menyedut oksigen di muka bumi yg sangat indah ciptaan Allah nie :)

Tudiaaa agak panjang mukaddimah aku hari nie. Hehe. 

Okay, hari nie aku nak share sikit lah ttg TIPS TEMUDUGA memandangkan ada seorang budak cute nie request utk aku share ttg nie. Tp sory yer dik, lambat sikit nak bole post kan sini disebabkan kebusyan berkempen. *joking. :)

Aku sebenaqnya tak lah pandai sangat bab-bab gini, tp dah ada sikit pengalaman n research yang aku buat sikit-2, boleh laa nak sharing-2 dgn uolss :)

TIPS TEMUDUGA 

PERSEDIAAN
  • Okay, persediaan awal nie mmg penting. Dari semua segi kena buat persediaan tambah2 fizikal & mental. Persediaan dokumen jugak penting sebab kalau kita buat keja yg dah last minute, tahu-2 jelah kan? :) 
  • Dari segi dokumen, sediakan satu Clear Folder. Masukkan semua dokumen yg diperlukan dlm Clear Folder tu. Dokumen-dokumen yg penting yg common diperlukan ialah KP, sijil lahir, sijil-sijil akademik ( SPM, STPM, Diploma, Ijazah DLL ) dan sijil kokurikulum.Then, kalau nak letak sijil-2 yg ada pun boleh. Haa, letak yang ORIGINAL tau. Tapi standby jugak yg fotokopi okay. Pastu, RESUME jugak mesti disediakan. 
  • Jangan lupa buat research ttg occupation @ kos yg anda dpt tu.
PENAMPILAN
  • Haa, penampilan nie jugak penting! First Impression tauu.
  • Pakai pakaian yang sesuai, kemas & bersih. Untuk perempuan, sebolehnya jgn pakai pakaian yg terlampau berwarna-warni @ menjolok mata. Biarlah yang sopan dan sedap mata memandang. Kasut  bertutup lebih sesuai & sopan. Kita kan nak jual diri kita time interview tu. Hihi. Untuk lelaki pulak, seeloknya pakai kemeja berwarna putih, tali leher, seluar slack hitam.Then, kasut hitam yang bertutup mcm ala-ala keja pejabat tu kan. Yang kulit tuh haa. Kalau tak mampu, kasut ala-ala kulit pun takpe, kasut pvc tu.
  • Rambut pastikan pendek & kemas. Bg perempuan yang tidak bertudung, boleh lah ikat kasi kemas-kemas & cun gitu haaa.
  • Bg perempuan, kalau boleh tak payah lah pakai aksesori mcm nak pegi kenduri kendara tuh yer. Pakai biar sederhana. Kalau sy, sy tak pakai aksesori semua tuh, setakat jam tangan tu okay laa.
  • Jangan datang lambat. Datang awal seboleh-bolehnya 15-20 min sebelum temuduga bermula. Tak lah kelam kabut nanti kan dan kita pun tak laa gelabah bewak nanti.
  • Pastikan mendapat tidur yg cukup. Jgn laa pegi dgn mata awok yg macam panda tuh yerr. Dari situ dah boleh tengok imej kita macam mana.
SEMASA TEMUDUGA
  • Mulakan dengan bismillah dan langkah dgn kaki kanan. Masuk dengan tenang & yakin. Senyum selalu tauu..
  • Bila nak masuk bilik temuduga tu, jangan lupa ketuk pintu terlebih dahulu dan bg salam kat panel tu. Tunggu sampai panel cakap 'duduk', barulah kita duduk. Then, ucapkan terima kasih dan tegakkan badan time duduk tu.
  • Jangan goyangkan kaki @ silangkan kaki.
  • Jawab semua soalan dengan tenang dan yakin. Biarlah jawapan tu betul ke tak. Yang penting confident mau ada okay. Gunakan ayat yang ringkas tapi padat. Sesetengah panel nak kita speaking. So, get ready. Tapi, kalau betul-2 tak tau jawapan utk soalan yang ditanya tu, cakap terus terang yang kita tak tau.
  • Pandang muka ahli panel ketika bercakap.
  • Jangan berbalah dengan penemuduga.
  • Haa, jangan kunyah chewing gum @ sweets.
  • Gunakan bahasa yang sopan. 
  • Bila dah habis, ucap terima kasih.

Bila dah selesai semua, jangan lupa berdoa. Kita dah berusaha dan berdoa, pastu kita tawakal lah dengan apa saja keputusan yang kita dapat. Kalau dapat, syukur alhamdulillah. Gunakan peluang yang dah kita dapat sebaik mungkin. Kalau tak dapat, mungkin tu bukan rezeki utk kita walaupun kita dah cuba yang terbaik kan? Jangan putus ada, ada hikmah yang Allah selitkan di setiap kejadian. InsyaAllah. Mungkin rezeki kita kat tempat lain, mungkin jugak ada sedikit kekurangan yang kita buat time temuduga. Tapi, jangan merungut, sabarr. Sabar tu kan indah. Sabar itu kan separuh dari iman :).

Okay, nie sedikit sebanyak yg boleh Fyna sharing ttg nie. Kalau nak yang lebih detail, bole search lagi kat En.Google. Byk lagi pengetahuan yang korang boleh dapat. Fyna share nie berdasarkan pengalaman Fyna di interview & sikit-2 laa reseacrh yang Fyna cari kat Google sbg rujukan utk kesahihan. :). 

Hope apa yg Fyna share nie sedikit sebanyak memberi manfaat kat korang & korang boleh applykan bila korang nak pegi interview nanti. 

To yg dapat interview, GOOD LUCK okay :) . Semoga rezeki dipihak kalian. Bittaufiq Wannajah :). 

Thanks sudi baca post nie. Semoga kalian sentiasa berada di bawah rahmat-Nya :)

P/S : Salah satu daripada bekalan yang akan membantu seorang Muslim ketika dia berada di alam barzakh adalah ilmu yang bermanfaat. 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial