KAWAN or SAHABAT ? :) . Chakkk !

Views
ALHAMDULILLAH.. Hari nie maseh bernafas :). Hmm hari nie malam nie saat nie aku nak cakap tentang KAWAN.. Apa itu KAWAN? yang aku paham laa kan, kawan nie kenalan kita tak kira laa baru kenai ka even dah lama kenai. Kawan nie ada macam-macam jenih, antaranya :-
  1. Kawan yang boleh ngaku kawan jaa. 
  2. Kawan yang boleh ngaku kawan tepi jalan jaa. 
  3. Kawan yang boleh ngaku kawan baik.
  4. Kawan yang boleh ada bersama ketika susah & senang [ hat nie cukup payah nak cari ]
  5. Kawan yang boleh dibawak berbincang :) [ hat nie aku suka ]
haa, nie laa yang aku faham mengenai KAWAN :). What about the SAHABAT? Haa, maksud dia sama jaa dengan kawan act, but yang membezakan dua perkataan ini adalah, sahabat adalah KAWAN yang sentiasa ada ketika waktu kita susah @ senang kita. Always beside jeee. Always OFFER his hand to continue to rise :). Waaa, sweet kan SAHABAT? Susah kan nak cari sahabat nie? Okay, i want to gives tips on how to choose SAHABAT :)..





Pesanan Al-Qammah [ seorang sahabat Rasulullah SAW ] kepada anaknya :-



  1. Pilihlah sahabat yang akan melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita. Jika kita ada kekurangan, dia sedia mencukupinya :).
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu. Jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menyebut-nyebutnya :)
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna. Dan jika ia mengetahui keburukan dirimu, ia suka menutupinya dari orang lain mengetahuinya :).
  4. Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta bantuan daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu :)
  5. Pilihlah sahabat yang kalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau menemukan sesuatu persoalan yang berat, dia suka mengusahakannya, dan jika engkau berselisihan faham dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Kalau kita hendak mencari atau mendapatkan sahabat yang baik, kita perlulah terlebih dahulu menjadi sahabat yang baik kepada diri dia..

*Peringatan untuk diriku jua :)

P/S : So, tanyalah diri & hati anda. Adakah diri anda sekarang boleh dianggap sebagai seorang sahabat yang baik? Fikirkanlah :).

Pssssttt, IMYSM bebehh :D ! LOL ~ 

Sentiasa positif, untuk muhasabah diri mencari keredhaan Allah SWT :). Wassalam :D.


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial